Go to top
Official MAH Press Release

Polisi Dan Piawaian Pakaian Seragam Ditentukan Oleh Syarikat Secara Individu

Untitled Polisi Dan Piawaian Pakaian Seragam Ditentukan Oleh Syarikat Secara Individu

KUALA LUMPUR, Januari 26, 2018 –  Persatuan Hotel Malaysia (MAH), seiring dengan pendirian Kementerian Sumber Manusia (MOHR), hari ini menjelaskan salah tanggapan orang ramai terhadap isu "larangan bertudung" yang telah menjadi tular di seluruh negara susulan dari artikel-artikel yang dibangkitkan oleh media massa sekarang ini.

 

Di dalam mesyuarat yang telah diadakan di antara MAH bersama MOHR dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) pada 17 Januari 2018, persefahaman telah dicapai berkenaan isu salah tanggapan terhadap larangan bertudung di sektor perhotelan.

 

Sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam mesyuarat tersebut serta kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini kepada media, MAH bukan merupakan badan yang mengawal selia, malah tidak mempunyai kuasa dalam menentukan etika atau kod pemakaian pekerja-pekerja hotel di Malaysia.

 

Ini kerana piawaian pakaian seragam bagi hotel-hotel ditentukan oleh pihak pengurusan hotel itu sendiri, yang mana setiap satu pengurusan hotel mungkin mempunyai polisi dan kod pemakaian yang berbeza, bergantung kepada keperluan perniagaan masing-masing. Malah, sebilangan besar hotel-hotel di Malaysia telah pun mengamalkan pemakaian tudung di kalangan pekerja.

 

Ini termasuklah pemakaian tudung di dalam sektor penyediaan makanan dan pengurusan bilik yang memerlukan pekerja-pekerja sentiasa kemas bagi memastikan kawasan tempat kerja adalah bersih dan teratur serta keselamatan di kalangan pekerja terjaga. Oleh itu, tidak timbul isu larangan pemakaian tudung di dalam sektor perhotelan ataupun unsur-unsur diskriminasi terhadap pekerja hotel sebagaimana yang digembar-gemburkan di media massa.

 

 

Kami juga telah dimaklumkan melalui kenyataan media oleh MOHR pada 12 Januari 2018, 13 daripada 74 hotel yang diperiksa mengamalkan polisi larangan bertudung semasa bekerja di bahagian tertentu. Untuk maksud ini, MAH sentiasa bersedia dan akan bekerjasama dengan pihak kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan polisi larangan pekerja wanita bertudung tidak diamalkan dan membuat pindaan kepada SOP sekiranya perlu bagi setiap hotel ahli MAH.

 

MAH berharap agar kenyataan-kenyataan di atas dapat memperjelaskan isu yang sedang diketengahkan demi kesejahteraan industri. MAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Sumber Manusia atas usaha Kementerian menangani isu pemakaian tudung di dalam sektor perhotelan, sebagai salah satu usaha murni yang berterusan demi memelihara keharmonian industri di tempat kerja.

 

Diharapkan semua pihak dapat bekerjasama sebaik mungkin untuk persekitaran ekonomi dan perniagaan yang kondusif bagi menarik lebih banyak pelaburan dalam sektor perhotelan dan pelancongan yang merupakan salah satu sumbangan pertukaran asing terbesar kepada negara.

 


 
About the Malaysian Association of Hotels (MAH)

Malaysian Association of Hotels (MAH) is the umbrella body for hotels in Malaysia formed in 1974 and initially established by a group of concerned and dedicated hoteliers to bring about a more dynamic hospitality industry aimed at building a workforce of highly skilled, innovative and disciplined individuals. Its long-term goal was to enhance the efficiency of the hospitality industry, thus, bringing about a more dynamic Malaysian hospitality industry. MAH, as the official national network for the hotel industry, represents more than 900 hotels throughout Malaysia supplying a total of 155,287 rooms which is about 65% of the total number of hotel rooms available as guest accommodation in this country. With 13 chapters across the nation, MAH acts as a voice of the industry, working as one body to promote, protect, represent and advance the interests of its members.

About MAHTEC

MAHTEC Sdn Bhd commenced its fiscal year in 1998 to profile MAH as a human resource development provider and to upgrade the skills and knowledge of staff-in-service in the industry. MAHTEC is the training arm of the Association specializing in developing quality human resources in the hospitality industry. Highly specialized in the areas of Hospitality Skills Training and Managerial Development Training, all programs are facilitated by experienced and qualified Trainers through workshops and practical session.