Go to top
Official MAH Press Release

Polisi dan Piawaian Pakaian Seragam Ditentukan Oleh Syarikat Secara Individu

Test Image #1 Polisi dan Piawaian Pakaian Seragam Ditentukan Oleh Syarikat Secara Individu
Test Image #2

KUALA  LUMPUR,  Januari  26,  2018–Persatuan  Hotel  Malaysia  (MAH),  seiring  dengan  pendirian  Kementerian  Sumber  Manusia  (MOHR),  hari  ini  menjelaskan  salah  tanggapan  orang  ramai  terhadap  isu  "larangan  bertudung"  yang  telah  menjadi  tular  di  seluruh  negara  susulan  dari  artikel-artikel  yang  dibangkitkan  oleh  media  massa  sekarang  ini.

Di  dalam  mesyuarat  yang  telah  diadakan  di  antara  MAH  bersama  MOHR  dan  Jabatan  Tenaga  Kerja  Semenanjung  Malaysia  (JTKSM)  pada  17  Januari  2018,  persefahaman  telah  dicapai  berkenaan  isu  salah  tanggapan  terhadap  larangan  bertudung  di  sektor  perhotelan.

Sebagaimana  yang  telah  dijelaskan  di  dalam  mesyuarat  tersebut  serta  kenyataan-kenyataan  yang  dikeluarkan  sebelum  ini  kepada  media,  MAH  bukan  merupakan  badan  yang  mengawal  selia,  malah  tidak  mempunyai  kuasa  dalam  menentukan  etika  atau  kod  pemakaian  pekerja-pekerja  hotel  di  Malaysia.

Ini  kerana  piawaian  pakaian  seragam  bagi  hotel-hotel  ditentukan  oleh  pihak  pengurusan  hotel  itu  sendiri,  yang  mana  setiap  satu  pengurusan  hotel  mungkin  mempunyai  polisi  dan  kod  pemakaian  yang  berbeza,  bergantung  kepada  keperluan  perniagaan  masing-masing.  Malah,  sebilangan  besar  hotel-hotel  di  Malaysia  telah  pun  mengamalkan  pemakaian  tudung  di  kalangan  pekerja.

Ini  termasuklah  pemakaian  tudung  di  dalam  sektor  penyediaan  makanan  dan  pengurusan  bilik  yang  memerlukan  pekerja-pekerja  sentiasa  kemas  bagi  memastikan  kawasan  tempat  kerja  adalah  bersih  dan  teratur  serta  keselamatan  di  kalangan  pekerja  terjaga.  Oleh  itu,  tidak  timbul  isu  larangan  pemakaian  tudung  di  dalam  sektor  perhotelan  ataupun  unsur-unsur  diskriminasi  terhadap  pekerja  hotel  sebagaimana  yang  digembar-gemburkan  di  media  massa.    

Kami  juga  telah  dimaklumkan  melalui  kenyataan  media  oleh  MOHR  pada  12  Januari  2018,  13  daripada  74  hotel  yang  diperiksa  mengamalkan  polisi  larangan  bertudung  semasa  bekerja  di  bahagian  tertentu.  Untuk  maksud  ini,  MAH  sentiasa  bersedia  dan  akan  bekerjasama  dengan  pihak  kerajaan  melalui  Kementerian  Sumber  Manusia  untuk  memastikan  polisi  larangan  pekerja  wanita  bertudung  tidak  diamalkan  dan  membuat  pindaan  kepada  SOP  sekiranya  perlu  bagi  setiap  hotel  ahli  MAH.

MAH  berharap  agar  kenyataan-kenyataan  di  atas  dapat  memperjelaskan  isu  yang  sedangdiketengahkan  demi  kesejahteraan  industri.  MAH  merakamkan  setinggi-tinggi  penghargaan  kepada  Kementerian  Sumber  Manusia  atas  usaha  Kementerian  menangani  isu  pemakaiantudung  di  dalam  sektor  perhotelan,  sebagai  salah  satu  usaha  murni  yang  berterusan  demi  memelihara  keharmonian  industri  di  tempat  kerja. 

Diharapkan  semua  pihak  dapat  bekerjasama  sebaik  mungkin  untuk  persekitaran  ekonomi  dan  perniagaan  yang  kondusif  bagi  menarik  lebih  banyak  pelaburan  dalam  sektor  perhotelan  dan  pelancongan  yang  merupakan  salah  satu  sumbangan  pertukaran  asing  terbesar  kepada  negara


 
About the Malaysian Association of Hotels (MAH)

Malaysian Association of Hotels (MAH) is the umbrella body for hotels in Malaysia formed in 1974 and initially established by a group of concerned and dedicated hoteliers to bring about a more dynamic hospitality industry aimed at building a workforce of highly skilled, innovative and disciplined individuals. Its long-term goal was to enhance the efficiency of the hospitality industry, thus, bringing about a more dynamic Malaysian hospitality industry. MAH, as the official national network for the hotel industry, represents more than 900 hotels throughout Malaysia supplying a total of 155,287 rooms which is about 65% of the total number of hotel rooms available as guest accommodation in this country. With 13 chapters across the nation, MAH acts as a voice of the industry, working as one body to promote, protect, represent and advance the interests of its members.

About MAHTEC

MAHTEC Sdn Bhd commenced its fiscal year in 1998 to profile MAH as a human resource development provider and to upgrade the skills and knowledge of staff-in-service in the industry. MAHTEC is the training arm of the Association specializing in developing quality human resources in the hospitality industry. Highly specialized in the areas of Hospitality Skills Training and Managerial Development Training, all programs are facilitated by experienced and qualified Trainers through workshops and practical session.