City Location:
Arrival Date:
Number of Nights:
More Languages - Reservations
Cancel | View



Join the MAH mailing list:
Name:
Email:

Incentives for Tourism Industry by the Government

Latarbelakang

  1. Kerajaan menyediakan berbagai jenis galakan cukai pelaburan bagi industri pelancongan. Akta Penggalakan Pelaburan 1986 (PIA) telah menawarkan galakan-galakan (insentif) kepada projek-projek pelancongan. Galakan yang berupa pengurangan kadar cukai dan lain-lain bentuk galakan telah diberi untuk meningkatkan perkembangan yang berterusan bagi industri pelancongan.
  2. Usaha-usaha Kerajaan ini telah membawa perkembangan yang pesat dalam industri pelancongan di mana bilangan hotel-hotel yang beroperasi di Malaysia telah meningkat daripada 1,289 pada tahun 1996 kepada 1,482 pada tahun 2000. Sehubungan itu, jumlah bilik hotel juga turut meningkat daripada 85,514 bilik kepada 133,238 bilik pada jangkamasa yang sama.
  3. Jumlah pelaburan di dalam sektor penginapan telah meningkat berlipat ganda dalam tempoh tersebut. Dalam tahun 1996, jumlah projek yang telah diluluskan oleh MIDA untuk menerima galakan ialah sebanyak 130 projek dengan jumlah pelaburan sebanyak RM8.6 billion. Bagi tempoh 1997 - Februari 2002 pula, MIDA telah meluluskan sebanyak 165 projek penginapan.
  4. Ini jelas menunjukkan bahawa usaha Kerajaan untuk memperkembangkan sektor pelancongan dengan mengadakan galakan-galakan kepada pelabur telah mendatangkan hasil.

Definisi Projek Pelancongan

  • Projek pelancongan didefinisikan sebagai sesuatu projek yang dirancang dan dibangunkan khas bagi menggalakkan aktiviti-aktiviti pelancongan dan berupaya menarik para pelancong untuk mengunjungi tempat-tempat berkenaan serta menceburkan diri mereka dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan.

Jenis-jenis Projek Pelancongan

Projek Penginapan

  • Hotel/Resort bertaraf 1 hingga 5 Bintang
  • Motel/Chalet/Inn/Rest House dan lain-lain bertaraf 1 hingga 3 Orkid

Projek Bukan Penginapan

  • Pusat-pusat kraftangan dan Pameran kebudayaan yang bersepadu (intergrated)
  • Pusat-pusat riadah/rekreasi
  • Taman bertema
  • Galeria dan Muzium
  • Kem perkhemahan/Kem percutian
  • Marina/Yacht
  • Restoran Pelancongan
  • Pusat Persidangan/Pameran

Projek bukan penginapan seperti di atas disyaratkan mempunyai pelaburan minima RM 10 juta, tidak termasuk kos tanah.

Projek pelancongan sama ada projek penginapan ataupun projek bukan penginapan disyaratkan telah berdaftar dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.

Kriteria Kelayakan Projek Pelancongan

Permohonan setiap projek pelancongan akan ditimbang mengikut meritnya dari masa ke semasa berpandukan kriteria dan ciri-ciri umum seperti berikut:

  • Sasaran pasaran adalah tertumpu kepada pelancong.
  • Syarikat penganjur projek itu hendaklah diperbadankan di Malaysia.
  • Pakej-pakej pelancongan boleh diadakan kerana tarikannya yang tersendiri.
  • Berupaya meningkatkan imej setempat serta mempelbagaikan kegiatan-kegiatan pelancongan (spin-of).
  • Senibina bangunan dan binaan Dalaman yang berunsurkan ciri-ciri tempatan, jika ada.
  • Tidak berunsur keahlian atau bersifat exclusive.
  • Adanya ruang/kawasan letak kereta yang memcukupi.
  • Projek kondo-hotel/service apartment boleh diberikan taraf projek pelancongan sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut: 
    • Premis/bangunan hendaklah sebahagian besannya dimiliki oleh syarikat Malaysia. Sebarang usahasama hendaklah memberatkan kepada syarikat ternpatan dari segi soal pemilikan.
    • Cara pengurusan operasi hendaklah bermodelkan kepada hotel biasa iaitu:
      • penginapan boleh disewakan secara sehari-sehari.
      • Tiada syarat minimum length of stay.
      • Tiada konsep perkongsian bersama (time-sharing) atau pernilikan individu ke atas bilik-bilik penginapan.
      • Tiada bahagian daripada hotel itu akan dijual kepada individu atau disewa secanajangka panjang.
      • Mengadakan kemudahan-Kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan asas serupa dengan hotel biasa.

Bagi projek pelancongan yang merangkumi perniagaan gerai-gerai makanan dan minuman serta gerai kraftangan/cenderahati yang disewakan kepada peniaga lain, ini merupakan pendapatan sewa dan bukannya pendapatan pelancongan maka galakan Taraf Perintis tidak diberikan.

Projek-projek penginapan dan projek bukan penginapan yang menepati kritenia-kriteria di atas akan diluluskan pendaftaran dan dikeluarkan Sijil Pendaftaran Projek Pelancongan. Dengan Sijil berkenaan, pengusaha-pengusaha projek berkenaan boleh galakan-galakan pelancongan daripada MITI, MIDA, Kementerian Kewangan dan Jabatan Hasil Dalam Negeri (JHDN).

JENIS-JENIS GALAKAN (INSENTIF)
Antara galakan-galakan yang telah ditawarkan dalam bidang pelancongan semenjak tahun taksiran 1986 ialah seperti berikut :

1.    Taraf Perintis (Pioneer Status)

  • Insentif ini diberikan kepada projek-projek pelancongan yang melibatkan pelaburan yang besar.
  • Syarikat yang diluluskan insentif ini akan diberikan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% bagi projek di Semenanjung Malaysia. Pengusaha hanya membayar 30% cukai daripada pendapatan yang ditetapkan bagi projek berkenaan.
  • Bagi projek di Koridor Pantai Tirnur Sernenanjung (Kelantan, Terengganu dan Pahang), Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, pengecualian cukai yang diberikan kepada syarikat ialah sebanyak 85%. Mereka hanya membayar 15% cukai daripada pendapatan yang ditetapkan.
  • Tempoh pengecualian cukai ialah selarna lima (5) tahun daripada tarikh projek pelancongan memulakan operasi yang ditentukan oleh MITI.

2.    Elaun Cukai Pelaburan (Investment Tax Allowance)

  • Syarikat diberi pengecualian cukai atas perbelanjaan modal (capital expenditure) dalam ternpoh 5 tahun daripada tarikh galakan diberikan.
  • Bagi projek pelancongan di Semenanjung Malaysia, pengecualian cukai pelaburan adalah sebanyak 60% sementara projek pelancongan yang terdapat di Koridor Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah layak untuk menikmati pengecualian cukai pelaburan sebanyak 80%.
  • Perbelanjaan modal (capital expenditure) bagi projek-projek pelancongan sama ada projek penginapan atau projek bukan penginapan bermaksud perbelanjaan ke atas perkara-perkara berikut:
    • Pembersihan tanah (land clearing) 
    • Penanaman pokok landskap
    • Pembinaan jalan dan lain-lain binaan infrastruktur
    • Penyediaan peralatan dan jentera

Galakan ini telah dilanjutkan sehingga tahun taksiran 31 Disember 2005. Permohonan boleh dikemukakan kepada MIDA.

3.    Insentif Untuk Industri Kapal Mewah

Industri ini mempromosikan produk pelancongan berdasarkan insentif-insentif:

  • Syarikat-syarikat yang membina kapal mewah adalah layak memohon insentif Taraf Perintis. Permohonan boleh dikemukakan kepada MIDA.
  • Syarikat-syarikat yang membuat aktiviti-aktiviti pembaikan dan penyelenggaraan kapal mewah di Pulau Langkawi adalah layak dikecualikan cukai pendapatan 100% untuk tempoh selama lima tahun. Permohonan boleh dikemukakan kepada Kementerian Kewangan.
  • Syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewa kapal mewah di Dalam negara adalah layak dikecualikan cukai perkhidmatannya 100% untuk tempoh selama lima tahun. Permohonan boleh dikemukakan kepada JHDN.

4.    Pengecualian Cukai Pendapatan Untuk Pengusaha Pelancongan

  • Pengusaha pelancongan yang membawa masuk sekurang-kurangnya 500 pelancong asing melalui lawatan secara berkumpulan akan dikecualikan daripada cukai ke atas pendapatan yang diperolehi daripada perniagaan tersebut.
  • Syarikat pelancongan akan menikmati pengurangan pendapatan larasan untuk semua pendapatan daripada pelancong-pelancong yang keluar masuk sama ada menerusi jalan laut, udara atau darat mulai tahun taksiran 1994.
  • Bagi pengusaha pelancongan yang rnengendalikan pakej pelancongan domestik sekurang-kurangnya 1,200 pelancong domestik setahun akan dikecualikan daripada cukai pendapatannya.
  • Galakan ini telah dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2006.
  • Permohonan boleh dikemukakan kepada Jabatan Hasil Dalam Negeri (JHDN) melalui KKKP.

5.    Potongan Cukai Dua Kali Bagi Perbelanjaan Di Luar Negeri Untuk Penggalakan Pelancongan

  • Potongan cukai dua kali diberikan kepada pengusaha-pengusaha hotel dan syarikat-syarikat pengendalian pelancongan yang membuat perbelanjaan ke atas usaha-usaha penggalakan di luar negeri.
  • Perbelanjaan-perbelanjaan yang layak mendapat potongan ialah:
    • Perbelanjaan publisiti dan pengiklanan dalam mana-mana media massa di luar Malaysia.
    • Perbelanjaan untuk penerbitan risalah, majalah dan buku-buku panduan termasuk kos penghantaran yang mana tidak dikenakan ke atas pelanggan luan negeri.
    • Perbelanjaan untuk menjalankan penyelidikan pasaran di luar Malaysia bagi mencari pasaran baru di luar negeri tertakluk kepada kelulusan terlebih dahulu daripada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (KKKP).
    • Perbelanjaan yang meliputi tambang perjalanan ke mana-mana negara di luar Malaysia untuk wakil syarikat bagi tujuan perundingan/mendapatkan kontrak untuk pengiklanan atau penyertaan dalam pasaria dagangan, persidangan atau forum yang diluluskan oleh Menteri KKKP. Perbelanjaan seumpama ini adalah tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM300 sehari untuk penginapan dan sebanyak RM150 sehari untuk perbelanjaan makan dan mininum di sepanjang tempoh berada di luar negara.
    • Perbelanjaan untuk menganjurkan pasaria perdagangan, persidangan atau forum di luar negeri yang diluluskan oleh Menteri KKKP.
    • Kos penyelenggaraan pejabat-pejabat jualan di luar negeri bagi rnaksud penggalakan pelancongan ke Malaysia.
  • Pemohon hendaklah menyertakan sesalinan surat kelulusan daripada Menteri KKKP mengenai perbelanjaan di atas semasa mengemukakan permohonan galakan cukai kepada JHDN.
  • Pemberian galakan ini berkuatkuasa mulai tahun taksiran 1991.

6.    Potongan Cukai Dua Kali Untuk Latihan

  • Potongan cukai dua kali dibenarkan ke atas perbelanjaan latihan pekerja-pekerja daripada syarikat-syarikat perhotelan dan syarikat pengendalian pelancongan yang diluluskan oleh KKKP bagi meningkatkan tahap kemahiran.
  • Syarikat-syarikat perhotelan dan pengendalian pelancongan yang menghantar pekerja rnereka ke institusi-institusi kemahiran yang diluluskan sepenti NPC, UiTM, IKM, CIAST dan GMI adalah layak untuk mendapatkan galakan ini secara automatik. Permohonan galakan dimajukan terus kepada JHDN dengan syarat ada disertakan surat perakuan daripada institusi-institusi latihan yang berkaitan.
  • Syarikat-syarikat yang menghantar pekerja mereka ke institusi latihan selain daripada senarai institusi latihan atau yang menganjurkan latihan 'in-house' mesti memperolehi kelulusan daripada KKKP.
  • Program latihan pekerja-pekerja lebih menekankan aspek peningkatan kemahiran dalam bidang operasi, penyeliaan dan pengurusan syarikat-syarikat berkenaan tetapi tidak termasuk kursus-kursus kewangan dan pengurusan personel.
  • Syarat kelayakan untuk insentif galakan ini ialah:
    • syarikat (pemohon) adalah berlesen/berdaftar dengan KKKP. 
    • pelatih adalah warganegara Malaysia dan pekerja sepenuh masa syarikat berkenaan.
  • Kos perbelanjaan yang dibenarkan ialah seperti:
    • Pembayaran yuran kursus.
    • Pembayaran pengajan/perunding untuk latihan in-house.
    • Tambang perjalanan mengikut kadar ekonoini untuk tenaga pengajar dan pelatih.
    • Elaun untuk tenaga pengajar sepanjang kursus tertakluk kepada tahap maksimum RM400.00 sehari. Elaun ini meliputi perbelanjaan makan, minum, penginapan dan pengangkutan dalaman.
    • Elaun untuk pelatih mengikut tahap maksima RM 100 sehari untuk kursus dalam negeri dan RM200 sehari untuk kursus di luar negeri. Elaun ini meliputi perbelanjaan makan minum, penginapan dan pengangkutan dalaman.
  • Mulai Januari 1995, galakan ini diperuntukan kepada Syarikat-syarikat yang terlibat dalam perniagaan penginapan dan pengendalian pelancongan yang mempunyai kurang daripada 10 orang pekerja. Syarikat-syarikat yang mempunyai lebih dari 10 pekerja adalah diwajibkan membayar levi 1% daripada upah bulanan pekerja-pekerja syarikat ke dalam Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) untuk tujuan mengadakan latihan untuk pekerja-pekerja rnereka. Syarikat-syarikat yang membayar levi ini layak untuk rnemohon geran latihan daripada HRDF sebagai subsidi latihan.
  • Pemberian galakan ini berkuatkuasa mulai tahun taksiran 1991.

7.    Pengecualian Duti Import, Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan

  • Barangan pelancongan termasuk pewter, kamera, jam tangan, pemetik api, pena, radio transistor, minyak wangi dan alat solek boleh dibeli oleh para pelancong pada harga tanpa cukai jualan.
  • Selain daripada barangan kegemaran pelancong yang telah dikecualikan daripada duti import, pelepasan duti import juga diberikan ke atas barangan berjenama bagi pakaian siap dan barangbarang kulit yang nilai importnya tidak kurang dari RM200.00 seunit. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan.
  • Pengecualian cukai perkhidmatan adalah diberi kepada hotel kelas 2 Bintang dan ke bawah yang mempunyai sekurang-kurangnya 20 buah bilik kecuali di Pulau Pinang, Johor Bharu dan Kuala Lumpur yang hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 50 buah bilik. Kadar sewa bilik tidak melebihi RM 150.00 sehari.
  • Cukai perkhidmatan di Labuan telah dimansuhkan.
  • Cukai perkhidmatan dikurangkan daripada 10% kepada 5% ke atas kadar sewa bilik, makanan, minuman dan tembakau untuk mengurangkan kos pelanggan.
  • Duti import ke atas komponen CKD bagi bas-bas pelancongan yang dipasang dalam negeri serta duti eksais adalah dimansuhkan.
  • Duti Eksais dan cukai jualan adalah dikecualikan ke atas peralatan dan jentera yang dibeli dalam negeri atau diimport untuk projek-projek pelancongan yang diluluskan. Senarai alat-alat kelengkapan hotel keluaran tempatan yang layak dipertimbangkan pengecualian duti eksais (jika berkaitan) dan cukai jualan adalah sepenti di Lampiran 1. Senarai pembelian import jika tidak dikeluarkan dalam negara adalah seperti di Lampiran 2. Hanya peralatan yang disenaraikan seperti di lampiran sahaja yang layak untuk dipertimbangkan pengecualian cukai.

8.    Pengecualian Daripada Duti Import dan Cukai Jualan Ke Atas Mesin dan Peralatan untuk Konservasi Persekitaran

  • Duti import dan cukai jualan tidak dikenakan ke atas mesin dan peralatan yang tidak dihasilkan dalam negeri yang digunakan untuk perlindungan persekitaran/alam sekitar, konservasi tenaga, guna sernula sampah/sisa (waste recycling), dan tempat simpanan dan rawatan sisa. Syarikat juga boleh memohon pengecualian cukai jualan bagi peralatan yang dibeli Dalam negeri. Permohonan boleh dikemukakan kepada MIDA.

9.    Pengecualian Cukai Untuk Pembesaran, Pemodenan dan Pengubahsuaian Hotel

  • Pengusaha-pengusaha penginapan boleh memohon pengecualian cukai pendapatan atau cukai pelaburan di bawah galakan Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan untuk tujuan pembesaran, pemodenan dan pengubahsuaian hotel.
  • Semua hotel di Malaysia adalah layak untuk memohon galakan ini.
  • Galakan ini diberikan kepada hotel-hotel selepas lima tahun beroperasi dan hanya untuk sekali sahaja.

10.   Pengecualian Cukai Pendapatan/Cukai Pelaburan Bagi Pembinaan Hotel Bertaraf 1 hingaa 3 Bintang

  • Hotel-hotel bertaraf 1 hingga 3 Bintang  serta telah berdaftar dengan KKKP adalah layak untuk memohon galakan ini.
  • Syarikat perhotelan boleh memohon untuk mendapatkan pengecualian cukai pendapatan di bawah galakan Taraf Perintis ataupun pengecualian cukai pelaburan di bawah galakan Elaun Cukai Pelaburan.

11.   Pengecualian Cukai Pendapatan Bagi Kem Perkhemahan/Kem Percutian

  • Pengusaha layak memohon galakan Taraf Perintis ataupun Elaun Cukai Pelaburan dengan syarat pelaburan minima projek berkenaan adalah sebanyak RM 500,000.00 dan tidak termasuk kos tanah.
  • Pemberian galakan ini bermula dari tahun taksiran 1997.

12.   Pengecualian Cukai Pendapatan Untuk Restoran Pelancongan

  • Pemaju/pengusaha layak memohon galakan sekiranya restoran pelancongan memaparkan ciri-ciri tempatan dengan jelas seperti: 
    • senibina serta hiasan dalaman bangunan berunsurkan kebudayaan tempatan. 
    • sasaran pasaran tertumpu kepada pelancong. 
    • pakej-pakej pelancongan boleh diadakan berdasarkan tarikan projek. 
    • dimiliki dan diuruskan oleh seorang tuan punya sahaja.

13.   Pengecualian Cukai Untuk Promosi Persidangan Antarabangsa dan Pameran Perdagangan

  • Syarikat tempatan yang mempromosikan persidangan antarabangsa di Malaysia dan membawa masuk sekurang-kurangnya 500 orang peserta asing, adalah layak dikecualikan cukai ke atas pendapatan yang diperolehi daripada perniagaan tersebut.
  • Pendapatan yang diperolehi daripada pameran perdagangan antarabangsa yang diadakan di Malaysia adalah layak dikecualikan cukai asalkan pameran tersehut mendapat kelulusan daripada MATRADE dan penganjur membawa masuk sekurang-kurangnya 500 orang pelawat asing setiap tahun.
  • Permohonan boleh dikemukakan kepada JHDN.

14.   Potongan Cukai Dua Kali Ke Atas Penyertaan Pameran Perdagangan Bertaraf Antarabangsa di Malaysia

  • Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam pameran perdagangan antarabangsa yang diiktiraf di Malaysia boleh memohon potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaannya.
  • Permohonan boleh dikemukakan kepada JHDN.

15.   Insentif Untuk Pengusaha Kereta Sewa

  • Pengusaha perkhidmatan kereta sewa yang menyediakan perkhidmatan kepada para pelancong adalah layak untuk pengecualian duti eksais ke atas pembelian kereta kebangsaan.
  • Permohonan boleh dikemukakan kepada Kementerian Kewangan.

16.   Elaun Infrastruktur

  • Syarikat-syarikat yang terlibat dalam perhotelan dan pelancongan di Sabah, Sarawak dan Koridor Pantai Timur Semenanjung Malaysia adalah berkelayakan untuk mendapat 100% elaun infrastruktur ke atas perbelanjaan modal yang digunakan untuk infrastruktur seperti pembinaan semula, penyambungan atau pembaikan mana-mana struktur tetap termasuklah jambatan, jeti, pelabuhan dan jalan raya.
  • Syarikat-syarikat ini boleh mengunakan elaun infrastruktur sehingga 85% daripada cukai pendapatan dalam sesuatu tahun taksirannya. Baki cukai pendapatan tersebut akan dikenakan cukai mengikut kadar cukai syarikat sedia ada. Walau bagaimanapun, sebarang elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan untuk tahun berikutnya sehinggalah ia digunakan dengan sepenuhnya.
  • Insentif ini boleh dimohon sehingga tahun taksiran 31 Disember 2005. Permohonan boleh dikemukakan kepada JHDN.

17.   Elaun Bangunan Industri

  • Elaun Bangunan Industri diberikan kepada syarikat-syarikat yang membelanjakan modal untuk pembangunan atau membeli bangunan untuk hotel yang telah berdaftar dengan KKKP.
  • Syarikat-syarikat tersebut adalah layak untuk mendapat elaun permulaan 10% dan elaun tahunan 3% selama tempoh 30 tahun.

18.   Insentif untuk Kegunaan Teknologi Maklumat

  • Potongan sekali diberikan kepada syarikat dalam sektor perkhidmatan bagi perbelanjaan mengurus termasuk bayaran kepada konsultan berkaitan dengan penggunaan IT dalam proses peningkatan pengurusan.
  • Permohonan boleh dikemukakan kepada JHDN.

19.   Potongan Ke Atas Pertunjukan Kebudayaan

  • Potongan cukai sekali diberikan kepada syarikat-syarikat yang membuat perbelanjaan ke atas penubuhan dan pengurusan kumpulan kebudayaan atau muzikal dan juga menaja persembahan kebudayaan tempatan atau luar negeri seperti yang diluluskan oleh KKKP.
  • Permohonan boleh dikemukakan kepada JHDN.

20.   Pengecualian Duti Hiburan dan Cukai Pegangan

  • Pengecualian duti hiburan dan cukai pegangan diberikan kepada penganjur pementasan dan luar negara yang bertaraf antarabangsa di Malaysia dengan syarat pementasan tersebut diluluskan oleh KKKP.
  • Permohonan boleh dibuat melalui KKKP.


LAMPIRAN 1

PEMBELIAN DARI PENGILANG TEMPATAN


SENARAI ALAT-ALAT KELENGKAPAN HOTEL YANG LAYAK DIPERTIMBANGKAN PENGECUALIAN DUTI EKSAIS (JLKA BERKAITAN) DAN CUKAI JUALAN

  1. Marble, Tiles, Sandstone and Granite (lobby only).
  2. Sanitarywares and Fittings.
  3. Locks.
  4. Laundry Equipment.
  5. Generating Sets.
  6. Audio Visual Equipment.
  7. Kitchen and Restaurant Equipment.
  8. Air Conditioning Equipment.
  9. Telephone and PABX Systems.
  10. Boiler.
  11. Safe.
  12. Refrigerator (for rooms).
  13. Carpets (lobby only).
  14. Lifts.
  15. Chanderlier.
  16. Linen bedsheets, blankets, bedspreads, pillow cases, matress pad, bath towels, hand towels, face towels, bath mats, foot mats, bidet cloth towels, table skirtings, table cloth, napkins, placemats, fruit napkins, glass cloth, tea cosy, egg cosy, trolley, tray cloth, aprons.

LAMPIRAN 2

PEMBELIAN IMPORT JIKA TIDAK DIKELUARKAN DALAM NEGARA.

SENARAI ALAT-ALAT KELENGKAPAN HOTEL YANG LAYAK DIPERTIMBANGKAN JIKA ALAT-ALAT TERSEBUT TIADA DIKELUARKAN DALAM NEGARA.

  1. Electronic Security System
  2. Generator sets
  3. High/medium speed lifts
  4. Boiler
  5. Laundry equipment
  6. Dish Washing
  7. Equipment for Central Airconditioning Systems and
  8. Freezer and Cold Room Equipment

2007 MALAYSIAN ASSOCIATION OF HOTELS.
All Rights Reserved.
Admin Login | Sitemap